Mana yang bersungguh-sungguh untuk selesaikan hutang. Yang nak belajar je pun boleh baca. Untuk panduan masa depan.
Sebab ini bukan senang nak dapat petua/tips cara mudah bayar hutang kan? Eh, ni bukan cara pinjam along pastu bayar hutang tau. Cari nahas kalau cara gitu...
Semua orang kata Hutang ni memang memeningkan.
Yelah masa buat hutang memang tak terasa. Bila nak membayar..huh menyesal buat hutang.
Namun sebenarnya, hutang ni ada jugak hutang baik. Contoh, hutang beli rumah. Itu kita consider as hutang baik memandangkan rumah itu aset dan boleh mendatangkan pendapatan kepada kita.
Manakala Hutang jahat pulak contohnya hutang kad kredit. Tinggi sangat interest. Lepas tu, kad kredit pulak guna untuk shoping barang yang bukan keperluan. Memang hutang jahat.
Hendak menyesal pun dah tak berguna, kita cari jalan penyelesaian untuk bayar hutang sudah lah. Kesilapan lama usah dikenang dan diulang lagi.
Namun beberapa hari lepas, seorang rakan di alam maya ada kongsikan cara mudah bayar/selesaikan hutang dengan Teknik Snowball. Bayar hutang pun perlu ada teknik tau, baru la hutang cepat selesai.
Sebenarnya, saya pernah bayar hutang menggunakan teknik yang sama. Memang bagus teknik ni. Cepat selesai hutang saya. Tapi, saya tak tahu la pulak teknik ni orang panggil teknik snowball. hihi dah selesai hutang, baru ku tahu, Teknik Snowball rupanya nama teknik tu.
Ok, Berbalik kepada Teknik Snowball rakan saya tu. Begini cerita beliau ;
Teknik SnowBall Effect ini saya pelajari pada tahun 2006, ketika saya telah pun memutuskan untuk mendirikan rumahtangga.
Saya terpaksa akui, yang saya banyak tersilap langkah di dalam pengurusan kewangan suatu waktu dahulu. Mana tak nya, umur baru 24 tahun, dah ada 2 biji kereta dan 1 hutang personal loan dengan gaji RM1,024. Bukan gaji RM10,024 ye. RM1,024.
Ini antara sebab kenapa ramai anak-anak muda terperangkap di dalam hutang 'bodoh' yang tak di perlukan seperti saya dahulu.
Ketika itu, kehidupan sangat perit. Setiap hujung bulan, baki yang boleh di belanjakan di tangan saya cuma RM200 untuk survive selama satu bulan. Dengan duit minyak lagi, duit makan lagi. Nasib baik lah, ketika itu tinggal di rumah mama lagi. Kalau tak, jangan cakap tak cukup, negatif terus.
Atas kesedaran keperitan yang melampau, dan di tambah dengan hendak kahwin dan perlu saving duit, saya nekad untuk melupuskan hutang personal loan dan hutang kereta hilang dalam masa setahun.
Permulaan, apa yang saya lakukan adalah :
1) Senaraikan kesemua hutang-hutang yang saya ada. Kesemuanya. Saya senaraikan dari jumlah yang berbaki kecil sekali sehingga yang berbaki tinggi di senarai paling bawah.
2) Saya senaraikan juga interest rate setiap loan tersebut.
Bagaimana hendak tahu?
Anda boleh call setiap bank yang anda berhutang dan mohon mereka semak berapa baki anda as to date (sehingga ke hari ini) dan interest rate nya sekali.
Percaya tak, anda akan terkejut apabila anda senaraikan semua hutang anda. Terkejut samada banyak atau terkejut samada hutang anda sudah semakin susut. Ketika itu, saya sedar, hutang saya ada 3. Cuma saya tak sedar berapa jumlah baki keseluruhannya. Selepas di catatkan, baru saya nampak satu persatu.
3) Selain itu, saya catitkan juga tarikh akhir pembayaran harus di buat untuk mengelakkan di kenakan interest atas kelewatan membayar. Sedar tak, apabila kita membayar lewat, sebenarnya kita sudah membayar lebih dari sepatutnya. Hutang tak juga susut. Dok bayar principal tak habis-habis.
4) Setelah saya kenalpasti, hutang mana yang paling sedikit, saya akan fokuskan untuk membayar seberapa banyak amount dari amount bulanan dengan tujuan untuk menghabiskan segera hutang tersebut. Ketika itu, hutang kereta hilang adalah yang paling sedikit.
5) Setelah beberapa bulan saya konsisten membayar dan hutang tersebut habis, saya akan pergi ke hutang yang kedua iaitu hutang personal loan. Hutang personal loan ketika itu saya harus bayar RM187. Manakala hutang kereta hilang tadi RM150.
6) Apabila hutang kereta hilang RM150 tadi telah habis, saya tetap allocate RM150 tersebut untuk di tambahkan kepada hutang personal loan RM187 dan setiap bulan saya akan membayar RM337 untuk personal loan.
7) Alhamdullilah, dengan cara ini, dalam masa beberapa bulan iaitu kurang dari setahun, saya dapat langsaikan kedua-dua hutang di atas tadi.
Yang paling penting, untuk menguruskan kewangan dan hutang,
Jangan sekali-kali larikan diri dari bank. Percayalah, bank adalah suatu institusi yang boleh di ajak berbincang.
Terima kasih Pn. Reni sudi berkongsi pengalaman beliau dan teknik bayar hutang yang bagi saya sangat membantu untuk kita membayar hutang.
Tak kiralah berapa banyak hutang yang kita ada, jika kita komited untuk membayar seperti perkongsian Pn. Reni, saya pasti, lambat laun, hutang tersebut akan selesai jua.
Sesungguhnya, hutang itu wajib dibayar walaupun tidak dituntut.
sumber - Suhailey Mohd Noor
0 comments:
Post a Comment